Pemergianmu suatu kehilangan buat warga anak-anak Felda Soeharto

Tanggal 30 Jun, hari terakhir cikgu Jaja, Pn. Norliza Md Isa, guru pemulihan di SK Kampung Soeharto. Begitulah sinonimnya sebuah kehidupan seorang guru.



 Sudah lama beliau berjasa mengajar di SKKS, hampir 12 tahun lamanya, kini beliau bertukar tempat bertugas di SK Kalumpang.

Dalam pengamatan saya, sejak saya mula mengenali beliau daripada mula lagi, beliau merupakan guru yang sentiasa gigih menggalas tugas yang di amanahkan di bahunya.

Saya berpandangan wajar cikgu jaja berpotensi sebegitu sekali jika mengenali asal usul tempat lahir, iaitu kampungnya di dalam penempatan penduduk di hutan belantara Taman Negara.

Teruja juga ingin meninjau tempat tinggalnya yang dikatakan agak pendalaman, namun belum kesampaian.

Kepada cikgu jaja, teruskan kecemerlangan di tempat baru. Kami di sini sentiasa akan merindui zaman bertugas suka duka bersama cikgu.

Comments

Popular Posts