PERKENALAN, KEMESRAAN, KESERASIAN DAN KEJELEKITAN


...................Dengan lafaz Bismillah, istilah kejelekitan atau merujuk kamus DBP online bermaksud "keeratan" merupakan hubungan yang intim dan sentiasa cuba memahami setiap kehendak masing-masing. 

Sabda baginda Rasulullah dalam hadisnya:



عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْل الله عَنْ النَّبِي قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, Beliau berkata, “Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya”.

TAKHRIJ
Hadits ini dikeluarkan oleh Iman Al Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al Iman, Bab Min Al Iman An Yuhibba Liakhihi Ma Yuhibbu Linafsihi, no. 13 dan Imam Muslim dalam Shahih-nya, kitab Al Iman, Bab Al Dalil ‘Ala Ana Min Khishal Al Iman An Yuhibba Liakhihi Al Muslim Ma Yuhibbu Linafsihi Min Al Khair, no. 45.

..................Sehubungan dengan itulah maka selaku umatNya, keutamaan dalam mempertingkatkan keimanan, kita sewajibnya cuba mengaplikasikan hadis ini dalam kehidupan seharian.

KONFLIK SERING TIMBUL

...............Selaku pentadbir, saya melihat konflik itu akan timbul sekiranya tindakan seseorang individu dalam komuniti itu jelas tidak menepati kehendak ahli komuniti yang lain. Sebagai contoh, apabila pentadbir ingin mengadakan LADAP di waktu petang, ada individu guru yang melihat ianya merupakan agenda yang sengaja diadakan bagi kepentingan individu tertentu. Konflik ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya pentadbir menjelaskan dengan baik tentang tujuan tindakan dan apa yang lebih penting ialah kejelekitan yang wujud dalam hubungan sepatutnya memberikan momentum yang positif daripada warga sekolah.

..............Arahan pentadbir yang kurang jelas dan gagal melihat keupayaan individu di bawah pentadbirannya merupakan punca konflik boleh berlaku. Sememangnya ahli komuniti yang wujud boleh menilai sejauh mana pentadbir yang memberi arahan dapat memberikan contoh yang baik bagi menimbulkan keikhlasan dalam tindakan. 

HELAH BELA DIRI

..............Ada kemungkinan juga sebahagian guru mengenali sejarah pentadbir sejak bertugas sebagai guru lagi. Mungkin jika sejarah pentadbir itu jika sentiasa dalam aras kecemerlangan, sudah tentu akan memberikan kesan yang positif. Sebaliknya jika sejarah pentadbir itu sentiasa dalam aras yang lemah. Kesan yang tidak sepatutnya berlaku dalam tindakan ialah individu guru tersebut sentiasa memberikan respon yang negatif dalam setiap kali menerima arahan. Dalam istilah pendidikan individu yang sebegini ialah individu yang mengaplikasikan ilmu psikologi "helah bela diri" .

Antara konsep penting dalam kajian psikologi ialah helah bela diri (defense mechanism). Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi perhatian besar terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya terhad kepada tingkah laku murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen kendiri dalam proses membina identiti dan keperibadian setelah memasuki fasa autonomi yang lebih tinggi, manakala fasa pergantungan (dependency) mereka pula menjadi lebih rendah.

..............Walaupun kajian psikologi yang dilakukan khusus kepada murid-murid mahupun pelajar, bagi saya, kita sebagai dewasa pun terkadang-kadang mengambil sikap yang sedemikian bagi membuat sebarang tindakan seharian.

..............Realiti sebagai pentadbir mahupun yang ditadbir seharusnya sama-sama membetulkan niat ketika melakukan tindakan ataupun tugasan. Sikap profesional yang tinggi seharusnya dimiliki sesuai dengan profesional yang wujud dalam perkhidmatan sebagai seorang guru. Ada suatu hadis yang boleh memberikan penyelesaian dalam konflik yang berlaku.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)
..............

..............Matan Hadis ini jelas mengutarakan setiap individu yang hidup dimuka bumi ini adalah pemimpin. Apa yang perlu pasti setiap individu itu akan ditanya di akhirat nanti apa sahaja yang menjadi urusan di bawah kepimpinannya.

..............Apa saja yang kita inginkan dan kita senangi, belum tentu baik menurut pandangan Allah. Sebaliknya, apa yang tidak kita inginkan dan tidak kita senangi belum tentu buruk untuk kita, menurut pandangan Allah.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS Al Baqoroh : 216).
Akhir kalam sudah pasti sebagai umat Islam, wajib untuk kita beriktiqad bahawasanya Allah s.w.t lebih tahu apa yang baik dan yang tidak baik bagi diri kita. 


Renung-renungkan dan semalat beramal... 


Comments

Popular Posts