PERSARAAAN GURU BESAR BERSAMA PENOLONG KANAN SK SUNGAI SELISEK

....................Bersara itu benar, pencen itu benar, tidak berkhidmat dan bekerja seperti biasa itu benar. Begitulah sinonimnya ungkapan yang diberikan kepada setiap individu yang melalui proses persaraan. 
...................
....................Pada tarikh 2 Julai 2015, Guru Besar dan PK Pentadbiran iaitu Tn Haji Abdul Kadir Bin Haji Jaafar dan En. Abdul Laziz Bin Hj. Salleh masing-masing bersara pada 2 Julai 2015 dan 1 Julai 2015. 
...................Dalam kesibukan menjalani ibadah puasa dan meneruskan sesi PdP di sekolah, pihak jawatankuasa pentadbiran SK Sungai Selisek berjaya juga menganjurkan Majlis Persaraan kedua-dua mereka. Syabas dan tahniah diucapkan. Turut sama meraikan ialah Guru-guru Besar dibawah MGB SK Hulu Selangor, dan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor En. Zainal Abidin Bin Yusof. Wakil Majlis MGB SJKC dan wakil Majlis MGB T turut sama memeriahkan majlis.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kedua mempelai. Doa dibacakan oleh GPI SK Sungai selisek. Kemudian dihidangkan pula video sejarah hidup dan perkhidmatan kedua-dua pesara dan di sambung dengan ucapan-ucapan. 
...................Antara ucapan yang di sampaikan oleh En. Abdul Laziz ialah latar belakang perkhidmatan beliau di dua buah sekolah sehinggalah beliau menyandang jawatan PK Pentadbiran. Cukup mencuit hati apabila beliau mengakui beliau yang mengajar pada awalnya di SK Soeharto amat susah mencari jodoh. Dan isteri yang bekerja di bidang perguruan bukanlah jodoh yang menjadi miliknya berbanding rakan yang lain. Dengan strategi dan kesabaran akhirnya berakhir zaman bujangnya dengan mengahwini jururawat Klinik berhampiran sekolahnya.
...................Berlainan dengan ucapan Tn. Haji Abdul Kadir Bin Haji Jaafar, Mantan Guru Besar pada hari tersebut mengongsikan perasaan sedikit terusik terhadap sebahagian Kakitangan Kerajaan yang perlu di tambah baik lagi. Pesanannya kita seharusnya menangani setiap permasalahan di tempat kerja seumpama seorang doktor dengan pesakit. Jangan sesekali kita menangani permasalahan seumpama seorang penyiasat dengan penjenayah. Adalah tidak wajar sebagai individu yang terlibat dengan perguruan berwatakan seemikian.
...................Sememangnya tugas seorang guru besar ialah terangkum dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan dan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kewangan dan Akaun, Pengurusan Fizikal dan Prasarana, Pengurusan Perhubungan Luar dan Bidang Umum.
...................Antara pesanan yang beliau kongsikan ialah tugas mentadbir sebagai Guru Besar seumpama sebuah "buldoza" yang meratakan jalan, tetapi bila sampai saat siapnya sebuah jalan yang dibina, buldoza itu tidak dapat melaluinya seperti kenderaan lain. Memberi makna setiap Guru Besar kena akur bahawa impian mencapai sesuatu kecemerlangan di sekolah itu sering tidak dapat dimiliki kerana keperluan perkhidmatan yang ada di Malaysia. Beliau juga memberikan perumpamaan lain yang mengibaratkan seorang Guru Besar itu seumpama galah. seringkali digunakan untuk mendapatkan buah di pohon. Memberi makna seorang Guru Besar akan dilantik di sesebuah sekolah bagi menyelesaikan masalah sekolah. Namun selepas sekolah tersebut berjaya mencapai objektif, Guru Besar tadi hanya dibiarkan dengan kehidupan yang sedia ada sahaja.
...................Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor En. Zainal Abidin Bin Yusof turut memberikan ucapan perasmiannya pada majlis tersebut, secara peribadi melihat majlis yang diadakan cukup memberi erti kepada semua yang hadir. Setiap apa yang berlaku dalam perkhidmatan sebenarnya ada penjelasannya yang tersendiri. Contoh yang diberikan bagaimana penjelasan isu cuti perayaan yang ditimbulkan baru-baru ini. Tuan PPD juga mengulas kedua-dua pegawai yang bersara merupakan individu yang berjaya mentadbir sekolah dan kesinambungan pentadbiran harus di galas di bahu PK Hem dan PK Kokurikulum buat sementara. 
...................Majlis diteruskan dengan penyampain Hadiah Kenang-kenangan dan kedua-dua yang diraikan di arak keluar daripada dewan.

...................

Comments

Popular Posts