Salam kembali SK Kampung Soeharto

..............Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi, Solawat dan salam buat junjungan kita Muhammad s.a.w.
setelah genap 10 tahun meninggalkan sekolah ini, akhirnya Allah mentakdirkan pada tarikh 16 Jun 2015, saya di minta menerima lantikan sebagai Guru Besar SK Kampung Soeharto.


.............0Ucapan sulung saya kepada warga sekolah, ialah tentang perkongsian perasaan yang timbul "terdetik di fikiran bahawa jawatan yang disandang ini sama sahaja kepada setiap yang berjawatan yang lain, individu yang berjawatan harus sedar ianya sebenarnya boleh menjadi satu nikmat dan dalam pada yang sama ianya juga boleh menjadi istidraj.

.............SSebagai perumpamaan yang cukup mudah dalam fikiran ini untuk difahami, ialah tiap kali mendapat sebarang keistimewaan daripada Allah A'zzawajalla, adakah individu itu lebih jauh dengan Allah atau semakin jauh dengan Allah.


.............Contoh cerita yang boleh memberikan penjelasan ialah kisah Nabi Sulaiman yang banyak memiliki nikmat, tetapi baginda makin dalam imannya, berbeza dengan kisah Fira'un yang mendapat pelbagai nikmat juga, akan tetapi si fira'un durjana bukan sahaja tidak mahu beriman dengan agama nabi Musa, bahkan sanggup mendakwa dirinya adalah tuhan...
..

.............Apapun siapa diri kita, masih belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki sikap dan potensi yang dimiliki.
Tepuk dada, tanyalah diri, dimanakah tahap iman yang kita selalu koreksi.....

Comments

Popular Posts