PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Bagi memastikan penyampaian Perkhidmatan Awam tidak terjejas, Kerajaan akan mengambil tindakan drastik untuk mengeluarkan pegawai bermasalah dan berprestasi rendah. Tindakan ini dilaksanakan melalui penamatan perkhidmatan di bawah peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] atau peraturan yang berkuat kuasa mengenai penamatan demi kepentingan awam, tertakluk kepada fakta bagi setiap kes. Penamatan perkhidmatan pegawai dalam kategori ini adalah dibuat setelah Kerajaan mengambil kira prestasi, kelakuan, kebergunaan pegawai kepada perkhidmatan, kegagalan pegawai untuk memenuhi apa-apa syarat perkhidmatan dan segala hal keadaan lain yang ditentukan oleh Kerajaan. Dalam melaksanakan dasar ini, pertimbangan perlu dibuat sama ada berdasarkan fakta kes, tindakan tatatertib lebih wajar diambil terhadap pegawai.
.................

Sila rujuk Pekeliling Berikut dengan klik icon dibawah.....


Comments

Popular Posts