Konsep Fiqh al-Aualawiyyat
Konsep Fiqh al-Aualawiyyat adalah kesinambungan dari Fiqh al-Muwazanah. Fiqh al- Muwazanah merujuk kepada pertimbangan di antara masalih (kebaikan) dan mafasid (keburukan) di dalam menentukan keutamaan hukum. Berkata al-Qardhawi: “ Dan apabila berkumpul pada satu perkara kebaikan dan keburukan, kemudaratan dan manfaat maka perlu ditimbang dan dibandingkan antara keduanya. Penentuan berdasarkan yang yang lebih banyak(samada kebaikan atau keburukan)”.
· Keutamaan menghindarkan keburukan dari menghasilkan kebaikan.
· Keutamaan maslahah yang besar dari maslahah yang kecil.
· Keutamaan maslahah umum dari maslahah individu.
· Keutamaan maslahah akan datang dari maslahah semasa yang remeh.
· Keutamaan mafsad yang ringan dari mafsad yang lebih berat.
· Keutamaan ilmu dari amal dan keutamaan faham dari hafal.
· Keutamaan mengetahui illat dan rahsia hukum.
· Keutamaan yang qat`i dari yang zanni.
· Keutamaan mengambil yang mudah dari yang susah.
· Keutamaan mengambil kira waqi` dan urf semasa.
· Keutamaan mengambil kira pelaksanaan secara beransur ansur.
· Keutamaan perkara usul dari furu`.
· Keutamaan perkara fardhu dari perkara sunat.
· Keutamaan fardhu ain dari fardhu kifayah.
(Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)
Pautan Maklumat Fail Rekod
Pautan Takwim 2016
Pautan Rancangan Tahunan Kokurikulum
Agihan Tugas Guru Tahun 2016
https://drive.google.com/a/btpnsel.edu.my/folderview?id=0B-Mb5aVhgVOMSHVpaFlDSml0dE0#
Agihan Tugas Guru Tahun 2016
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1aE6elQY7RJygYwe40i1sa6WnpNIn9KeLkcvo6H5OK0A/edit?usp=sharing
Comments
Post a Comment